Wednesday, 12 December 2018

Assalamualaikum..

Selamat pergi.. lama sudah rasanya tak masuk dalam blog ni dah berhabuk pun ada dah.

Hari ini rasa macam nak share resepi pavlova lah.
ramai yang tanya macam mana nak membuat pavlova yang betul-betul crispy dan tidak lembik apabila sudah masak

Korang kalau baru pertama kali nak cuba buat pavlova resepi ni memang terbaik.. sangat mudah insya-allah jadilah tu.

Ok jom kita lihat resepinya.





Pavlova

Bahan²

6 biji putih telur   
225g gula ising   
2 sudu tea tepung jangung   
½ sudu besar esen vanila 
½/sudu besar cuka   

Cara²

🍰Pukul putih telur hingga berbuih dan hingga gebu.
🍰Bermula dengan speed perlahan hingga high speed.
🍰masukkan gula sikit² sampai habis dan hingga bertanduk. Calik dengan jari jika tiada rasa gula makna maringue cukup sempurna.
🍰masukkan tepung jagung dan putar lagi.
🍰masukkaan esen vanila dan putar lagi.
🍰masukkan cuka dan putar lagi.
🍰lukis bentuk kegemaran di atas baking paper dengan pantas.
🍰panaskan oven 150°c selama 15 minit.
🍰masukkan pavlova dalam oven kemudian turunkan suhu kepada 140°c bakar  selama 1 jam 20 minit.
🍰satu jam terakhir boleh buka oven untuk cek masak ke tidak dengan menyentuh permukaan jika keras maknanya pavlova memang sudah masak.
🍰biarkan pavlova dalam oven selama ½ jam baru keluarkan dari oven. Jangan sesekali buka pintu oven.

👌untuk buat pavlova mini guna 3biji putih telur saja separuh dari adunan asal. Pavlova mini tak boleh masak lebih dari satu loyang kalau tidak bentuk jadi tak cantik. 

Friday, 21 October 2011

Cek Mek Molek

Cek mek molek

Bahan-bahan ( 6-7 orang )
4 biji ubi keledek
2 cawan gandum-tambah atau kurang sekiranya perlu
Inti : gula secukupnya

Cara-cara:

Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. Tumbuk/lenyek hingga betul2 lumat (semasa tengah panas2 lagi) dan dicampurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan,kalau melekat taburkan sedikit gandum ditangan ataupun minyak masak, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, 11 July 2011

Roti Jala


Bahan:
3 cawan gandum
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 sudu marjerin
1/2 sudu kecil garam
Sedikit perwarna kuning
Air secukupnya

Cara:
1. Satukan semua bahan dalam bekas.
2. Kacau biar tidak berketul. Masukan air sikit-sikit supaya tidak terlalu cair.
3. Kemudian blenderkan adunan tadi seketika.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, 10 July 2011

Jemput Ikan Bilis

Bahan:
300 gm gandum
1 biji telur
2 ulas bawang putih dicincang
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan ikan bilis
Sedikit serbuk lada hitam
Air secukupnya
Minyak untuk mengoreng

Cara:
1. Masukan telur, bawang putih & ikan bilis dalam bekas. Kacau sebati
2. Masukan gandum, air dan kacau lagi biar sebati.
3. Akhir sekali, masukan garam dan lada hitam kacau sebati.
4. Panaskan minyak, sudukan adunan ke dalam minyak panas. Goreng sampai masak, sedia dihidangkan.