Cek mek molek
Bahan-bahan ( 6-7 orang )
4 biji ubi keledek
2 cawan gandum-tambah atau kurang sekiranya perlu
Inti : gula secukupnya
Cara-cara:
Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. Tumbuk/lenyek hingga betul2 lumat (semasa tengah panas2 lagi) dan dicampurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan,kalau melekat taburkan sedikit gandum ditangan ataupun minyak masak, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.
- Posted using BlogPress from my iPhone
DALAM MASAKKAN GULA DAN GARAM TIDAK DAPAT DIPISAHKAN IBARAT IRAMA DAN LAGU.. KALAU DIPISAHKAN MAKA TAK SEMPURNALAH MASAKKAN KITA..
Friday, 21 October 2011
Monday, 11 July 2011
Roti Jala
Bahan:
3 cawan gandum
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 sudu marjerin
1/2 sudu kecil garam
Sedikit perwarna kuning
Air secukupnya
Cara:
1. Satukan semua bahan dalam bekas.
2. Kacau biar tidak berketul. Masukan air sikit-sikit supaya tidak terlalu cair.
3. Kemudian blenderkan adunan tadi seketika.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Sunday, 10 July 2011
Jemput Ikan Bilis
Bahan:
300 gm gandum
1 biji telur
2 ulas bawang putih dicincang
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan ikan bilis
Sedikit serbuk lada hitam
Air secukupnya
Minyak untuk mengoreng
Cara:
1. Masukan telur, bawang putih & ikan bilis dalam bekas. Kacau sebati
2. Masukan gandum, air dan kacau lagi biar sebati.
3. Akhir sekali, masukan garam dan lada hitam kacau sebati.
4. Panaskan minyak, sudukan adunan ke dalam minyak panas. Goreng sampai masak, sedia dihidangkan.
300 gm gandum
1 biji telur
2 ulas bawang putih dicincang
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan ikan bilis
Sedikit serbuk lada hitam
Air secukupnya
Minyak untuk mengoreng
Cara:
1. Masukan telur, bawang putih & ikan bilis dalam bekas. Kacau sebati
2. Masukan gandum, air dan kacau lagi biar sebati.
3. Akhir sekali, masukan garam dan lada hitam kacau sebati.
4. Panaskan minyak, sudukan adunan ke dalam minyak panas. Goreng sampai masak, sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)